Host > Chef Eddie



​Eddie pernah bekerja diLondon sebagai seorang chef dan juga mengajar di institusi-institusi kulinari di Kuala Lumpur. Sekarang dia adalah salah satu ‘Chef in Residence’ di FriedChillies Food Network. Inspirasi untuk rancangan pertamanya, Western Masak Sempoi timbul kerana dia seringkali ditanya bagaimanakah untuk menyediakan masakan Western seperti Steak dan Fish and Chips di rumah.

Rancangan ini akan memberi resipi-resipi hebat yang mudah dan super sedap bersama-sama tip-tip dari pengalaman Eddie sendiri. Bersama rancangan ini, FriedChillies Food Network dan Chef Eddie juga akan mengadakan beberapa ‘Workshop Masak’ supaya para peminat masakan western boleh mendalami lagi dunia ini. Layarilah Facebook kami untuk updates dan ikutilah Chef Eddie di Instagram